# Amanah peserta korban, diurus dengan sistematik

> Source: https://korbanplus.com/ (Korban Plus, Bahasa Melayu)

Korban Plus ikut setiap langkah program korban dan aqiqah anda. Tiada lagi spreadsheet, resit manual atau semakan bayaran satu per satu.

[Daftar Percuma](https://manage.korbanplus.com/organiser/register) · [Demo](https://korbanplus.com/preview/) · [Dokumentasi](https://docs.korbanplus.com/)

## 4 langkah program anda

### 1. Cipta kempen & pakej

Daftar sebagai penganjur, kemudian tetapkan kempen korban atau aqiqah dengan pakej dan harga bahagian.

- **Korban & aqiqah**: Kedua-dua jenis program dalam satu akaun.
- **Pakej fleksibel**: Contoh: bahagian lembu tempatan, global atau sedekah daging.

### 2. Kongsi & promosi

Kongsi link kempen. Peserta isi borang sendiri, dan ejen anda bantu sebarkan.

- **Sistem Affiliate**: Rekrut ejen & pengedar, dan pantau prestasi mereka.
- **Sistem Marketing Blaster**: Blast WhatsApp/SMS promosi kepada bakal peserta dengan satu klik.

### 3. Terima bayaran

Peserta bayar penuh atau secara bulanan melalui Bayarcash, payment gateway patuh Shariah.

- **Pelbagai Kaedah Bayaran**: FPX, kad kredit, DuitNow QR, Boost, SPayLater dan banyak lagi.
- **Autodebit & Caruman**: Bayaran bulanan melalui eMandate & sistem auto-debit.

### 4. Laporan, resit & sijil

Pantau status setiap peserta. Resit dan sijil dijana automatik selepas bayaran.

- **Laporan Peserta Lengkap**: Peserta, bayaran dan status pelaksanaan dalam satu dashboard.
- **Resit & Sijil Automatik**: Eksport data ke Excel/CSV bila-bila masa.

## Harga yang adil

Daftar dan guna percuma. Anda hanya bayar bila peserta membuat bayaran.

- 2% fi platform Korban Plus bagi setiap transaksi
- + caj payment gateway Bayarcash, ikut kaedah bayaran. Lihat jadual caj: https://docs.bayarcash.com/ms/payout-calculator/

## Caj bagi setiap kaedah bayaran

Ini ialah caj payment gateway Bayarcash bagi setiap bayaran. Fi platform Korban Plus 2% dikenakan di atas caj ini.

| Kaedah bayaran | Caj | Settlement |
| :--- | :--- | :--- |
| **Online banking** | | |
| FPX akaun peribadi (B2C) | RM1.00 | T+2 |
| FPX akaun perniagaan (B2B) | RM2.00 | T+2 |
| FPX Line of Credit (CCA): akaun kad kredit Malaysia | RM1.00 + 1.00% | T+2 |
| **Bayaran berulang** | | |
| Direct Debit: enrolment, maintenance atau termination (melalui FPX) | RM1.00 | T+2 |
| Direct Debit: setiap potongan | RM1.50 | T+2 |
| **Kad** (Mohon berasingan) | | |
| Kad kredit Malaysia (Visa, Mastercard) | 1.50% | T+2 |
| Kad kredit luar negara (Visa, Mastercard) | 3.50% | T+2 |
| Kad debit (MyDebit) | 1.00% | T+2 |
| **DuitNow QR (online dan di kaunter)** | | |
| DuitNow QR | 1.60%, minimum RM0.15 | T+2 |
| QR cross-border (NETS, QRIS, PromptPay, Alipay, WeChat Pay) | 1.60%, minimum RM0.15 | T+2 |
| **E-wallet** (Mohon berasingan) | | |
| Touch 'n Go eWallet | 1.50% | T+2 |
| GrabPay | 1.50% | T+2 |
| Boost Wallet | 1.50% | T+2 |
| ShopeePay | 1.50% | T+2 |
| **Buy now, pay later** (Mohon berasingan) | | |
| Boost PayFlex | 1.50% | T+2 |
| PayLater by Grab | 1.50% | T+2 |
| SPayLater | 1.50% | T+2 |

- **Settlement T+2**: Wang sampai ke bank anda dua hari bekerja selepas bayaran. Tiada payout pada hari Sabtu dan Ahad.
- **Mohon berasingan**: FPX, DuitNow QR dan QR cross-border sedia digunakan. Kad, e-wallet dan buy now, pay later perlu permohonan berasingan kepada Bayarcash.
- **SST 8%**: Dikenakan pada caj Bayarcash sahaja, bukan pada jumlah bayaran.
- **Direct Debit**: Caj potongan dikenakan bagi setiap potongan, sama ada berjaya atau tidak.
- **Rate standard**: Rate Bayarcash boleh berubah. Semua caj dalam RM.
- Kira jumlah yang anda terima: https://docs.bayarcash.com/ms/payout-calculator/ (Fi platform Korban Plus 2% tidak termasuk dalam kalkulator ini.)

## Soalan Lazim

**Adakah Korban Plus mengenakan fi atau apa-apa bayaran?**

Pendaftaran percuma. Korban Plus mengenakan fi platform 2% bagi setiap transaksi. Caj payment gateway Bayarcash juga dikenakan, dan kadarnya bergantung pada kaedah bayaran, contohnya FPX atau DuitNow QR.

**Siapa yang boleh guna platform ini?**

Mana-mana penganjur program korban dan aqiqah seperti masjid, NGO, syarikat atau individu.

**Perlukah peserta daftar sendiri?**

Anda boleh kongsikan link kepada peserta untuk isi borang secara automatik.

**Adakah sistem ini selamat digunakan?**

Ya, sistem ini dibangunkan oleh Bayarcash dengan ciri keselamatan terkini.

**Bolehkah saya jana sijil terus dari sistem?**

Ya, setiap peserta akan dapat sijil penyertaan yang boleh dijana dari dashboard.

**Apakah kaedah pembayaran yang diterima?**

FPX, kad kredit, kad debit, DuitNow QR, Boost, SPayLater dan banyak lagi.

**Bagaimana fungsi caruman berfungsi?**

Peserta boleh daftar melalui fungsi auto-debit bulanan (eMandate) yang disediakan.

**Adakah sistem ini menyokong affiliate?**

Ya, anda boleh lantik ejen dan pantau prestasi mereka dalam dashboard.

**Bolehkah saya eksport data peserta?**

Ya, semua data boleh dimuat turun dalam format Excel/CSV bila-bila masa.

**Ada latihan disediakan untuk penganjur baharu?**

Ya, kami sediakan video panduan serta sokongan WhatsApp bagi membantu anda bermula.

## Bersedia untuk mudahkan pengurusan kempen korban & aqiqah?

Daftar hari ini dan dapatkan akses penuh secara percuma: https://manage.korbanplus.com/organiser/register

---

Korban Plus, solusi digital Islamik oleh Bayarcash Sdn. Bhd. 202201040365 (1486062-H)
